Hati yang broken sebelum ni hati yang masih jahil. Aku insan biasa yang bergelumang dengan dosa,aku insan biasa yang cuba berubah menjadi seorang muslimah,seorang yang solehah. Harap masih belum terlambat untuk aku berubah.
Kehadiran sang gentleman baru-baru ni meyakinkan aku,ada hikmah atas semua yang berlaku. hati yang kecewa tu hilang dibawa angin. bukan bermaksud hati aku mudah berubah,tetapi membuktikan hati ni masih boleh disinari hidayah. banyak pengajaran yang aku kutip sepanjang 21tahun aku hidup,sepanjang setahun lebih aku di Shah Alam. aku boleh tersenyum kembali,bukan angau,bukan gila bayang,tetapi hati aku disinari dengan cahaya harapan. bahawa Allah sudah menetapkan jodoh aku,dengan siapa pun dia,entah aku dah bertemu ke belum,tapi kehadiran sang gentleman membuatkan aku bersemangat dan berusaha sekeras mungkin untuk berubah menjadi seorang muslimah yang sebenarnya. Untuk menjadi yang terbaik untuk seorang insan yang bakal bergelar suamiku. Biarpun mungkin dia bukan jodohku,aku tetapi mahu berterima kasih padanya,kerana berjaya mengembalikan senyuman di wajahku ini. Sepertimana namaku kau sebut dalam tiap kalam doamu,namamu juga kedengaran dalam tiap untaian doaku. Kita serahkan pada jodoh. Semoga segalanya dipermudahkan,Amin ya Rabb